Saya bukan ahli perubatan. Apa istilah langsung saya tak tahu. Cuma baca, dan amik dari pembacaan dan ruangan diskusi dalam forum. Itupun tidak boleh dikira maklumat sahih. Sekadar perkongsian.
Dalam forum, ahli saja dah cecah beribu. Banyak kepala. Banyak pendapat. Dah tentu ramai pakar yang ditemui juga berbeza2 pendapat dan kepandaian. Jadi banyak percanggahan. Asal mahu berkongsi sudah jadi seperti 'menegakkan benang yang basah'.. mana satu teori ..mana satu pendapat yang betul, ntah tak tahu. Semua mahu memberi cadangan.
Kalau ada yang merasai 'kehilangan' saya dalam forum ratuhati.. sebenarnya saya pernah juga jengah sebagai 'guest'.. cuma silent reader. Saya nak kongsi juga maklumat saya, tetapi tak jadi. Bila saya baca beberapa thread, ada maklumat tidak tentu betul, dah dimaklumkan.. yang lain cuba membetulkan,tetapi disokong pula dengan hujah rakan lain yang mengatakan dirinya betul.. ntah lah.. saya tak suka pening-pening.. jadi saya lama-lama terus menyepi...
Hehe.. saya cuma berdoa, semoga maklumat yang disampaikan tidaklah diterima bulat-bulat. Begitulah dengan setiap maklumat saya di blog ini. Harap kalian dapatkan juga nasihat dan rujuklah pakar. Mereka lebih arif.
Tetapi... semuanya terserah kepada diri masing-masing.. ada yang suka kaedah traditional, ada yang mahu kaedah moden. Kedua-duanya sama penting. Juga, jangan terlalu bergantung kepada kaedah masing2 tu.. yang penting, terus berdoa.. Allah saja yang dapat memakbulkan impian kita.. Walaubagaimana hebat sekalipun pakar tu.. dia juga tidak berkuasa dalam menentukan segala..andaikata masih belum berjaya, jangan disalahkannya..kerana dia juga adalah manusia biasa...juga kita sendiri tidak ada salahnya.. rezeki Allah itu rahsia hanya DIA yang Maha Mengetahui..
HIKARI : TAHNIAH aishah.. selamat memulakan perjalanan... insyaAllah!
