Seminggu bercuti, kini saya sudah pulang.. (banyak soalan menyakitikan hati raya kali ni.. tak ape lah.. sabar..sabar..sabar... walaupun malam sebelum tidur saya menangis sampai terlena..)
Sesudah menghitung itu ini dan memikirkan masak-masak sama ada mahu on clomid kali ini atau tidak, akhirnya saya nekad juga untuk meneruskan cycle ini.. (start CD2- 24.08.11).. saya tanamkan tekad dalam hati, kita manusia biasa tidak tahu bila Allah mahu menurunkan rezekiNya.. Cuma mampu terus berusaha saja..
Kali ni saya cuba menggunakan OPK pula.. jenama Guardian (RM50 lebih..), saya on clomid sejak 24 ogos, jadi waktu sesuai untuk OPK mestilah selepas 3 hari last pil clomid.. saya baca pula kat label di kotak OPK tu, katanya boleh mulakan ujian pada CD 10.. (jatuh pada 1 sept, raya ketiga... saya masih di rumah mertua).
ini OPK saya pada CD10 (khamis) dan CD11 (jumaat)..saya dapat line positive (line T sama gelap dengan line C), OPK ni kena buat paling bagus diuji pada late morning atau early afternoon.. ini yang saya baca selama ni.. ujian ulangan juga mestilah dibuat pada waktu yang sama setiap kali.. saya buat pukul 3 petang..dah lewat sangat kot..

Mungkin kah saya ovulasi pada sabtu? hari tu pulak kami agak sibuk, kerana bapa saudara buat kenduri aqiqah untuk anaknya di rumah nenek..sabtu malam kami kepenatan, subuh ahad bertolak pulang... tak sempat 'baby dancing' pun..huhu
saya tak pasti kami ada peluang atau tidak cycle ni..hope sangat ovulasi saya pada ahad..(hehe..) pada kotak OPK tu menyatakan, jika terdapat line positive hari tersebut, ovulasi berlaku sekitar 24-36 jam kemudian.. Ya Allah... permudahkan lah... aminnn..
HIKARI : SELAMAT HARI RAYA .. (sempat lagi nk wish ni...)

6 comments:
Great to know kalau kita ovulate! Crosscheck dengan BBT la. Goodluck!
dear.. mmg sdih la bila raya nak jwb soalan yg mcm- mcm kan? Saya dh kawen 1 year 10 months plus, saya faham rasa tu.. anyhow, insyaAllah kita terus kuatkan hati ya?
kalau guna clomid elok la guna ovulation kit, mudah nak tau bila kita ovulasi...saya cycle ni tak ovulasi langsung...Good luck ya...
Hai, hikari. Lega kan bila tau ada ovulation. Ily pon nak beli laa OPK nih. Sebelum nih tak penah try pon. Harapkan tanda egg white jek. Tuh pon kdg2 dpt detect, kdg2 tak. Heh.
Selamat Hari Raya!
shiznie : tq.. hehe.. saya tak buat BBT Chart kali ni.. dah lubang2 chart saya sejak balik raya.. tak amik suhu..
sahida : ye.. kite kuatkan semangat ye! doa sama2..
nia : itu lah.. tapi OPK ni takde kepastian jugak tentu O nye..just boleh ramal je.. ada jugak yg tak naik positif line opk, tetapi tetap O pulak..
ILY : hrtu saya tergerak nak buat OPK jugak sebab terjumpa macam EW tu kat panties pada CD10 pagi tu..
hehe.. selamat mencuba OPK ye..
Salam, dah lama jugak follow rangkaian blog TTC ian..saya pon TTC...recently sejak baca your entry ni terinspired nak test juga, bought the same guardian OPK..alhamdulillah dapat positive on 3rd test..hope soon our double line is for UPT!
Post a Comment